kechik_1880
6 tahun
Period tidak teratur Pening Loya dan Perut Sakit
Dari bulan Januari period tidak teratur. Setiap bulan beza 7-14 hari. Hanya bulan mei tak datang haid. Sejak 2 minggu perut sakit, pening dari bahagian hidung ke màta dàn kepàla. Mèngalami loyà berterusàn dàn cirit.
Jun period: 2/6/19-7/6/19
Julai period: 10/7/19 dan masih dalam haid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lewat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari.
Merujuk tarikh haid puan, hari pertama haid terakhir (HPHT) adalah pada 2/6/19, mulai tarikh itu sehingga 9/7/19, yaitu 1 hari sebelum haid seterusnya, adalah selama 38 hari. Oleh itu, boleh dikatan kitaran haid anda masih dalam batas normal. Harus diingatkan ini hanyalah perkiraan. Andai kata kitaran haid anda melebihi 38 hari, dan disertai gejala-gejala tambahan yang berat, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Guilherme Stecanella


























