
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur , sakit pada lower abdomen , sob , penurunan berat badan
Saya wanita berusia 19 mengalami masalah period tidak teratur sejak dari awal period. Pernah pergi hospital masa 2018 untuk check and dah buat scan doctor kata masalah hormon tak stabil. Saya makan ubat 2 bulan period then dah tak datang. Selepas itu datang 2 kali setahun dan untuk tahun ni tak pernah datang nak dekat 10 bulan. Cumanya sejak bulan lepas saya mengalami rasa sakit pada lower abdomen ( kadang2 ) penurunan berat badan dari 40 kg jdi 36 kg , sukar bernafas kerana degupan jantung 90-100 beat per/min dan sakit otot. Menurut doktor saya ada masalah apa ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan Hormon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan