
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur sejak dari awal datang period dan selalu mendapat symptoms senggugut tapi tak period . saya risau dengan keadaan sebegini
hai, maaf mengganggu. saya berumur 19 tahun tapi mempunya masalah period tidak teratur sejak dari awal datang period lagi. period hanya akan datang 2-3 bulan sekali dan hanya period 4-5 hari sahaja. dan waktu saya 15 tahun saya pernah tak datang period selama 6 bulan. kemudian jadi seperti boasa period 2-3 bulan sekali. akan tetapi, walaupun tidak period, saya tetap akan mengalami symptoms period seperti sakit perut, pinggang, payudara, rasa nak muntah dah sebagainya. persoalan saya adakah ianya normal untuk umur saya ataupun saya perlu berjumpa pakar atau dokter ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan masalah serius atau tidak. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Maka, saya memerlukan maklumat lebih lanjut untuk mengenalpasti puncanya kerana pelbagai faktor termasuk berat badan, pekerjaan, sejarah keluarga dan sebagainya mempengaruhi diagnosis anda. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Memandangkan masalah ini telah berlansung semenjak anda awal datang haid, saya menyarankan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, imbasan ultrasound diperlukan untuk mengenalpasti jika terdapat masalah pada struktur organ wanita anda.
Makanan yang sihat serta kerap bersenam boleh mempengaruhi kitaran haid dengan lebih baik lagi. Amalkan gaya hidup sihat agar kitaran haid anda kembali pulih.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.