
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur sejak setahun yang lalu
saya berumur 21 tahun. since awal tahun 2020, saya dapati period saya tidak normal. my last period is on jan 2020, then it comes on may 2020. lepas tu, skip sebulan ke dua bulan macam tu. then, last year my last period is on november 2020, then feb 2021 baru datang semula. for this year, that i my first period. dan sampai sekarang masih tak period. saya dah check dengan doctor di klinik, dan doctor sarankan untuk buat blood test. few days ago, my result is in good condition. and the doctor said, let it be until my period datang macam biasa. isn’t normal? adakah saya perlu berjumpa doktor sekiranya period saya masih tidak datang untuk bulan yang seterusnya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan period yang tidak teratur walaupun telah mendapatkan hasil pemeriksaan darah yang normal.
Umumnya kelewatan haid seperti yang dinyatakan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyusuan atau kehamilan
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.