
Anonymous
5 tahun
Period Tidak Teratur Selama 6 Bulan
Saya remaja berumur 19 tahun , sebelum ni period saya tidak teratur 3 bulan sekali . Kakak Sedara saya yang bekerja sebagai seorang M.A sarankan saya mengambil pil perancang untuk satu bulan bagi membantu pelancaran darah haid , tetapi period saya keluar sedikit dan selepas berhenti mengambil pil tersebut period saya terus tidak keluar selama 6 bulan berturut turut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.