
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur selama beberapa bulan
saya wanita 24 thun yg sudah berkahwin selama 1 tahun lebih, pernah hamil tp terpaksa abortion pd tahun 2017 dsebabkan hal tertentu() Selepas abortion period saya tidak teratur… ada sampai 3 bulan tidak priod… selang 2 bulan period… lepas tu period setiap bulan… But, tahun ini 2019… saya hanya period di bulan April saja itu pun selama 4 hari… after that, sy buat check upt slama 2 kali di dlm bulan 5…tp - ve… Bila pergi jumpa doctor, dia bagi ubat asid folic, tp di hujung bulan 6 pun tiada tanda2 nak period…tetapi berat badan saya makin bertambah… Apakah cadangan doktor untuk saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.