
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur selepas bersalin
Saya berumur 27 tahun… Period saya tidak teratur selepas melahirkan 4 tahun lepas sehingga sekarang… Kekadang period dtg 2 bulan sekali… Anak skrg da 4 tahun masih juga tidak hamil…adakah berpunca daripada period tidak teratur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Apabila tidak haid, ini bererti tidak terjadi ovulasi atau pelepasan ovum. Justeru, anda tidak boleh hamil tanpa adanya ovum untuk bersenyawa dengan sperma. Sebainya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi. Malah, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.