Sulit
5 tahun
Period tidak teratur serta period yang berpanjangan
saya berumur 29 baru berkahwin . saya mengalami period yg berpanjangan iaitu selama 16 hari .selepas satu hari sy habis period darah saya keluar semula .apakah ini normal
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab atau faktor kepada masalah haid yang tidak teratur lebih-lebih lagi kepada wanita yang baru berkahwin. Antara faktor atau sebab kepada haid tidak teratur ialah:
Gaya hidup yang aktif
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


























