
dashima.farkhan
5 tahun
Period tidak teratur sukar hamil?
Hi doctor, Saya berumur 31 dan dah berkahwin. sy haid x teratur di mana sejak berkahwin ni period saya dah mula melebihi 15 hari sampai sebulan. dan baru - baru ni saya dah jumpa dengan pakar utk check. setelah check doctor mengatakan saya tiada masalah apa2. tapi sy cuma keliru period saya masih keluar lebih dr 15 hari dan kadang kala ada dan xde. tapi sy perasan untuk bulan dec ni hari ke 14 periodd dah x keluar tp selepas saya bersama dengan suami … darah keluar next day plus berketul2… adakah cara untuk saya boleh kan period ni habis… kerana sukar utk sy tau bila hari subur saya. dan adakah ini juga akan bagi masalah untuk saya mengandung?
harap doctor2 boleh pandangan.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.