
jijieapplepie
5 tahun
Period tidak teratur UPT negatif
Saya berumur 25 tahun. Pada bulan May saya mengambil morning after pill dan juga pada bulan Jun, seminggu selepas itu darah keluar selama 5 hari pad penuh saya jangka kan period. 2 minggu selepas itu pd prtengahan julai sy period lagi selama 7 hari pad penuh. Saya juga dua kali membuat UPT dan kedua2nya negatif. Saya belum period lagi bulan Ogos. Adakah saya hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kesan pil perancang
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah fibroid atau endometriosis dalam rahim
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- kehamilan luar rahim
Untuk mengetahui anda hamil ataupun tidak ujian UPT sudah cukup sensitif untuk mengesan kehamilan namun ia boleh menunjukkan keputusan negatif jika hormon kehamilan terlalu rendah, cara penggunaan tidak betul ataupun alat rosak. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.