esuanand2122
6 tahun
Period tidal teratur
Saya dah 3tahun kawin, belum ade anak. Period pun tidak teratur.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan sedikit dalam kalangan wanita muda ialah
- Gangguan hormon di dalam badan.
(Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.)
Bagi isu kesuburan, anda dan pasangan perlu hadir bersama bagi mendapatkan konsultasi dan ujian lanjut berkaitan kesuburan dari klinik atau hospital.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian dan berbincang lanjut berkenaan isu ini. Terima kasih.


























