
Sulit
4 tahun
Period tk teratur dan masalah sewaktu bersama
Saya nak tanya , saya berusia 22 tahun dan sudah berkahwin . Bulan 6 saya cuma.mengalami 2 hari period sahaja manakala bulan 7 1 hari sahaja…sudah mendapatkan rawatan di hospital tetapi negative hamil. Doktor telah memberi ubat hormon tetapi utk bulan 8 masih belum period. Boleh saya mendapatkan penjelasan lagi . Dan saya juga mengalami pendarahan sewaktu bersama suami pada bulan ini. Darah nya seperti fresh blood tetapi tidak sakit. Tlasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Untuk menjawab soalan anda, jika anda mengalami kitaran haid yang normal sebelum ini dan tiba-tiba mengalami haid lewat, ini bermakna sesuatu yang tidak normal. Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.