
Sulit
5 tahun
Period tp upt positif
Umur sy 36 thn…sy mempunyai kitaran haid yg tetap…haid sy pd bulan ni sepaturnya 15/12 tp haid tlh keluar pd 13/12…tetapi hanya1 hari shj haid sy byk dan perlu pakai pad…2 hari sy hanya pakai panty liner sbb sikit kemudian trus habis…hari ni sy tlh cuba check urine dan hasil uptsaya positif tetapi samar…adakah sy mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kerosakan upt
- keguguran
- kehamilan di luar rahim
- kehamilan molar
- upt yang sudah tamat tempoh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.