
Sulit
3 tahun
Period x datang 3 bulan
Saya wanita umur 19 tahun tak datang haid almost 3 month lebih ,tapi saya selalu klau period nak datang akan rasa sakit perut and sekarang rasa mcm nak datang period tapi x keluar ,saya pun takut

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah tidak datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 3 bulan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjat tiroid atau pituitari
- mengambil pil perancang kehamilan
- masalah PCOS
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan