
Sulit
4 tahun
Period x menentu….period pjg
Saya berumur 39thn sudah berkahwin 20thn…after 7years kahwij baru dpt anak pertama 2008…anak ke2 2011…masalah saya period tidak teratur dr remaja…yg terbaru saya period 6/4/21 lepas 4bln x dtg…habis period 12/4/21 …now 21/4/21 period saya dtg semula…kenapa ya doktor?sebelum ni kalo period just 5day aje…tu pun kalo saya mkn pil sunolut baru period, kalo x mkn pil x period langsung…last together ngn suami 19hb…skg kuar darah lg…kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda mengalami masalah ini buat masa yang lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.