
mcchivas
5 tahun
Period x teratur berulang lagi
saya wanita berumur 20an dan ada masalah period x teratur sejak dalam bangku sekolah. masalah saya sekarang ialah saya dah x datang bulan selama hampir 3 bulan. dan beberapa hari lalu saya ada mengikuti program derma darah dan didapati kurang darah. sebelum ni saya pernah makan ubat untuk mengatur hormon@pil norcutin 5mg. dalam seminggu,period saya datang. dan itulah kali terakhir saya datang bulan… adakah kerana diri saya mengalami kurang darah ataupun sememangnya hormon saya xteratur ye doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.