
Sulit
4 tahun
Period xdatang dalam tempoh 7 hari rehat pil
Hi, saya mengambil pil perancang marvelon hampir setahun. Harini hari ke 7 rehat makan pil . Sepatutnya dalam tempoh 7 hari ni saya akan dtg period … Tapi period saya belum datang smpai hari ke 7. Esok hari pertama sepatutnya saya kene makan pil balik selama 21 hari… Dan soalan saya patut x sya teruskan makan pil walaupun dlm temph 7 hari ni sy xdtg period sprti bulan2 yg lepas?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda perlu meneruskan memakan pil perancang seperti biasa. Masalah haid tidak datang dan tidak teratur boleh terjadi disebabkan kesan sampingan pil perancang kehamilan.
Tetapi terdapat juga faktor lain seperti:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Jika masalah ini berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.