
Anonymous
5 tahun
Period yang keluar hampir 2 mnggu tapi sedikit
Saya seorang remaja yang berumur 20 tahun , saya mengalami period yang hanya keluar sedikit kotoran tapi lama dalam seminggu dua…selepas itu kadang kadang sampai brbulan tak datang period , kalau datang pula dah tak berhenti tapi darah tu cuma keluar sedikit , boleh saya tahu punca apa ya ? Saya seorang operator yang bkerja 12 jam adakah waktu kerja saya yang membuatkan hormon dan kitaran haid saya tidak teratur ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.