aniskakchik61
6 tahun
Period yang lewat adakah mengandung
Hye, assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya nak bertanya tentang period saya yang sudah 3 bulan tak datang. Tetapi saya check pregnancy test masih negative. Kecewa? Sudah semestinya lah… dan saya ada buat check up di klinik tetapi doc kata tiada apa-apa
Adakah saya perlu mengambil ubat hormon atau ubat apa-apa yang membolehkan saya period seperti biasa … sebab saya rasa badan saya tak sihat selalu
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sebelum rawatan dapat diberikan, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























