
Sulit
4 tahun
Period yang tidak datang
Hai saya berumur 25tahun telah berkahwin. Sebelum saya berkahwin saya mempunyai masalah haid yg tidak teratur dan pernah ada pertumbuhan sis. Tetapi alhamdulillah selepas dh berkahwin haid saya kembali normal. Oleh kerana dh berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat saya banyak kira kitaran subur dan selalu tanda kitaran haid saya. Kitaran haid saya sebulan 1 minggu @ lebih 35hari. Tetapi bulan lepas haid saya dtg awai 10 hri dari tarikh yg sepatutnya dan datang hanya sedikit dan berwarna koko tetapi tetap datang selama seminggu. Pada bulan seterusnya haid saya langsung tidak datang dan hasil UPT negetive. Bolehkah doc terangkan apa yang terjadi?

4 tahun
Salam sejahtera.
kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan masalah haid keluar dengan tidak menentu. Untuk pengetahuan anda, berjumpa dengan doktor untuk membincangkan maslah ini merupakan langkah terbaik bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Namun begitu, haid yang lewat masih boleh dikira normal. Anggaran kitaran haid yang normal ialah 21-35 hari. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat panel pakar ginekologi kami melalui link ini (specialist booking) secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.