
Anonymous
5 tahun
Period yg berpanjangan
saya wanita yg berumur 25 tahun dan mengalami period selama 3 bulan . saya pergi ke KK dan doctor mmberi saya ubat berhenti darah . makan selama seminggu . setelah saya makan selama seminggu darah saya tidak berhenti namun saya pergi balik ke KK dan berjumpa dgn doctor . doctor memberi saya ubat hormon dan menyuruh saya makan lagi selama seminggu . saya sudah makan namun tiada effect apa apa . jadi saya dtg kembali dan doctor mmberi saya ubat tahan sakit dan berhenti kan darah . namun setelah saya makan ubat selama 3 hari saya tidak makan lagi dan darah saya sudahpun berhenti secara tiba tiba . namun apa yg terjadi pada saya adalah saya mengalami batuk dan seselme yg teruk dan mengalami kahak yg sangat banyak . malam tadi saya mengalami sakit sakit seluruh sendi . peha tangan leher . dan bawah leher saya mempunyai benjolan yg kecil . saya juga mengalami sakit di bahagian mata belah kanan yg amat sakit dan mengalami sakit gigi & gusi pada belah kanan . ianya berdenyut denyut . jika saya berjalan atau menunduk kepala saya & mata seperti ikot jatuh & terhentak . boleh kah doctor mengesahkan apa penyakit saya sebenarnya ? terima kasih😔

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih