
Sulit
4 tahun
Perioud sedikit dan dah melebihi 5 hari
Saya berumur 18 tahun saya mempunyai masalah perioud sedikit dan dah berlarutan selama 5 hari apakah langkah ii yang perlu saya ambil yee doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan selama 5 hari ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor am yang terdiri daripada sebab-sebab haid yang tidak teratur seperti:
- Senaman yang berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Obesiti
- Berat badan terlalu ringan
- Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat penting
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti masalah pendarahan, kecederaan, jangkitan kuman, ketumbuhan jinak dan juga masalah tiroid.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!