Sulit
2 tahun
Perkara berkenaan RT Ag Covid test
Jika telah buat covid test RTK Ag …tapi 1 line sahaja pekat…1 line lagi kurang pekat…adakah dianggap covid +ve…adakah sah keputusannya.Test mak buat di klinik swasta…mohon penjelasan doktor…tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami akan cuba menerangkan mengenai ujian RTK-Ag Covid-19.
Untuk makluman anda, ujian RTK-Ag digunakan sebagai satu alat untuk mengesan jangkitan Koronavirus dengan pantas. Ketepatan ujian ini adalah di antara 80-90%. Untuk mengambil ujian ini, doktor akan mengambil sampel daripada nasopharynx dan kemudiannya meletakkan sampel tersebut atas alat ujian (test kit).
Test kit ini mempunyai dua petanda. Line ‘C’, iaitu control line untuk memastikan test kit tersebut berfungsi dengan baik dan Line ‘T’. Sekiranya terdapat satu line pada ‘C’, sampel adalah negatif untuk jangkitan Koronavirus. Sekiranya ada dua line pada ‘C’ dan ‘T’, ia menunjukkan keputusan positif walaupun line tersebut tidak begitu jelas. Ada kalanya, line ‘T’ ada tetapi line ‘C’ tiada, ini menunjukkan keputusan sampel tersebut tidak sah.
Ini adalah penjelasan yang singkat untuk anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.