
Sulit
4 tahun
Perkembangan anak Tidak seperti umurnya a
Salam sejahtera doktor… Saya ingin bertanya, saya mempunyai 3 org anak… Tetapi anak saya pertama sikapnya bebeza sedikit… Anak saya tdk dapat fokus dalam kelas dan pembelajarannya sgt teruk, dia juga tidak matang sesuai dengan umurnya yg berusia 11tahun, perangainya seperti kanak2 7 tahun… Bila dimarahi kadang kala dia akan tersenyum dan mula bertanya sehingga kita betul2 meninggikan suara baru dia akan diam… Dan kadang kala anak saya juga tidak memahami kehendak soalan… Apakah simptom2 jika seperti ini doktor dan apa perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan kondisi berikut, antaranya:
- Attention Defect Hyperactive Disorder. Sakit ini merujuk kepada seseorang yang tidak boleh untuk menumpukan perhatian pada suatu perkara pada jangka masa yang lama dan sering aktif.
- Autism adalah suatu spektrum masalah perkembangan semasa kanak-kanak yang sinonim dengan masalah berkomunikasi dan bersosial.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.