
Sulit
3 tahun
Perkembangan dan kesihatan bayi
Saya ibu kepada anak berumur 5bulan. Semasa menyusu badan, saya terdengar bunyi seperti kahak di batang hidung anak. Saya sedar sejak berumur 1 bulan lebih tetapi doktor beritahu ia adalah normal. Saya tetap berasa risau kerana kahak tersebut tidak berkurang dan membuatkan anak sukar tidur lena. Baru baru ni, kami sekeluarga tidur dibilik berhawa dingin tetapi kepala anak berpeluh seperti kepanasan walaupun bilik tu sejuk. Dan saya perasan lately anak sentiasa mengerang semasa menyusu seperti ingin mengeluarkan sesuatu dari tekak. Adakah ianya normal? Mohon pencerahan kepada ibu yang masih kosong ilmunya tentang anak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anak anda mungkin mengalami masalah hidung tersumbat. Antaranya gejala dari hidung tersumbat pada anak adalah:
- Nafas berbunyi ketika tidur atau tidur berdengkur
- Hidung bayi tersumbat dan berbunyi apabila bernafas
- Banyak lendiran keluar dari hidung
- Sukar menyusu
- Kerap meragam atau menangis
- Sukar tidur dengan nyenyak
- Batuk
- Pernafasan cepat dan kerap (sniffling)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.