
Sulit
4 tahun
Perlu atau tidak memakan ubat cacing sekiranya cacing tidak musnah sepenuhnya?
Hello doc, nak tanya kalau makan ubat cacing tapi masih ada lagi cacing, mungkin cacing2 tak musnah semua.Boleh makan lagi tak ubat cacing dalam masa terdekat atau tempo masa kurang dari 3 bulan. Sy makan 2 biji selama 3 hari berturut-turut. Mula2 makan ubat, gatal2 di dubur hilang, perut pun tenang takda benda begerak-gerak mcm sebelum ni. Tapi beberapa hari kemudian sy dapati simptom sebelum ini datang lagi. So, sy buntuh adakah sy perlu makan ubat cacing lagi. Sy baru 3 minggu yang lepas telan 6 biji ubat cacing. Bantu saya kerana sy betul2 nak bebas cacing. badan sy kurus, bahagian dubur gatal pada waktu malam. Dan seperti ada sesuatu yg bergerak dalam perut.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah dengan penyakit dan gejala yang sama, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau klinik dimana anda telah mendapatkan rawatan sebelum ini. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor yang mempunyai data tentang kondisi tubuh anda, justeru mendapatkan rawatan yang berkesinambungan dan lebih efektif.
Lazimnya kondisi anda memerlukan pengubatan yang lebih intensif sekiranya gejala masih berkekalan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.