Sulit
5 tahun
Perlu ke buat test untuk covid-19?
Kakak saya travel ke korea dari 11 februari sampai 24februari. Dia duduk serumah. Setakat ni tiada demam. Selepas 14 Hari, jika dia tiada demam or simptom covid-19, perlu juga ke dia ambil test untuk covid-19 ataupun just ignore?
Kalau dia perlu ambil test tu saya pon perlu ke ambil sebab tinggal serumah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Ujian pengesahan adalah digalakkan untuk dilakukan jika simptom-simptom COVID-19 dialami oleh pesakit dalam masa 14 hari sejak pulang dari negara yang terlibat dengan kes berkenaan. Jika tiada simptom yang dialami pesakit, ujian saringan untuk COVID-19 tidak dianjurkan untuk dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































