Sulit
5 tahun
Perlu menguap Dan nafas yg puas
Saya Ada masalah, dimana saya perlu menguap untuk nafas yg puas, tetapi kelakuan ni menyebabkan saya lemas kekadang mebyebabkan saya rasa tidak selesa seumpama tidak boleh bernafas, sedangkan saya tidal demam, selsema, sakit kepala atau batuk, saya rasa inginbernafas puas sedangkan saya tak terasa semput atau sukar bernafas, tapi di sbabkan inginenarik nafas saya perlu menguap, jika tidak lepas menguap saya rasa tidak puas, kenapa doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, kami kurang jelas dengan kenyataan yang diberikan oleh anda dan maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah yang disebutkan:
- Kekurangan rehat
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Radang tulang rusuk atau selaput dada
- Refluks asid atau GERD
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.




































