Sulit
5 tahun
Perlu self kuarantin dulu atau buat test
saya dari seremban, negeri sembilan.pasar seremban ada org dijangkit…my family members pernah pergi sana… so …what should i do now…self kuarantin…atau direct pergi hospital buat test… temporary don’t have any symptom…
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya menggalakkan agar anda sekeluarga melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatannya berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda dinasihatkan kuarantin diri dan memantau gejala selama 14 hari. Jika dalam tempoh ini anda mempunyai gejala, anda perlu segera ke hospital.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































