nurhafizzafy
4 tahun
Perlukah acid folic?
Saya wanita berumur 25 tahun dan sudah berkawin selama 2 tahun… Soalan saya , boleh kah doc terangkan apakah itu Acid Folic… tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak.
Untuk makluman puan, asid folik ialah sejenis vitamin B9 yang sintetik. Ia tidak berlaku secara semulajadi dalam makanan.
Asid folik digunakan untuk mencegah penyakit berbahaya seperti:
- Kecacatan kepada bayi semenjak lahir ‘Neural Tube Defect’
- Mencegah barah
- Mengurangkan kadar homosistin yang boleh menyebabkan strok
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.