
Sulit
4 tahun
Perlukah buat swab test semula?
saya ada buat swab covid19 rtk antigen dan negatif…keesokan harinya rakan saya buat swab covid19 positif…adakah saya perlu buat swab test sekali lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, berdasarkan garis panduan Garis Panduan COVID-19 KKM. Seseorang itu boleh menyebarkan virus dalam waktu 14 hari sebelum individu itu mengeluarkan gejala dan tanda-tanda jangkitan COVID-19. Walaupun ujian COVID-19 anda negatif saat ini, lazimnya anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan kali kedua menggunakan metode saringan yang berbeza kerana anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Hal ini adalah kerana kebarangkalian untuk anda masih berpotensi terinfeksi adalah tinggi, ini bermakna satu kali ujian saringan masih tidak memadai untuk mendapatkan hasil saringan yang lebih tepat.
Justeru saya sangat menggalakkan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini