
Sulit
3 tahun
Perlukah ke klinik sekiranya terdapat gejala biasa selepas suntikan vaksin pertama?
Saya beru menerima suntikan Vaksin Sinovac 23/6/21.
Selepas 30 minit, saya mengalami pembengkakan lidah dan tekak membengkak, mengakibatkan saya kerap terbatuk/tersedak namun masih boleh bernafas kerana tidak menghalang saluran pernafasan sepenuhnya.
Saya juga mengalami loya tekak dan gangguan pada deria rasa (lidah), makanan atau minuman terasa pahit dan kurang selera makan. Saya juga mengalami sakit perut dan cirit birit berlarutan hingga hari tiga. Rahang bawah telinga saya juga sakit seperti ditekan.
Berapa lama gejala ini akan hilang? Perlukah saya menapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang beberapa gejala yang berlaku selepas penerimaan vaksin. Jangan khuatir, kami akan membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Bagi situasi anda, disarankan untuk segera ke klinik atau hospital untuk tindakan lanjut.
Anda juga dinasihatkan untuk menghubungi JKJAV atau bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini