nurulqistiena
6 tahun
Perlukah saya batalkan perjalanan saya ke vietnam
Hi doctor, saya akan ke vietnam pada 14/3 ini…perlukah saya batal kan penerbangan saya?
6 tahun
Saya memahami bahawa anda akan ke vietnam. Untuk pengetahuan anda sehingga kini, Vietnam mencatatkan berpuluh-puluh angka jangkitan.
Jika anda tidak ada urusan mustahak di Vietnam, adalah baik jika anda tidak meneruskan penerbangan ke sana. Jika penerbangan ini tidak dapat dielakkan, sila amalkan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































