
Sulit
5 tahun
Perlukah Saya Buat Saringan Di Klinik Untuk Covid
Saya Lelaki Berusia 35 Tahun, Parent saya menghadiri satu kenduri pada 14 Mac yang lalu dan dan telah singgah tidur dirumah saya untuk satu malam pada hari yang sama. semalam telah dimaklumkan satu pasangan saudara semasa kenduri tersebut positif.
Parent saya telah ke klinik dan menjalani saringanswab test dan keputusan akan keluar dalam tempoh 48 Jam, Parent saya tiada sebarang symtom, ayah saya ada kencing manis.
Sekarang saya sekeluarga tiada sysmtom berat cuma anak perempuan saya kata dia sakit tekak tiada batuk dan anak lelaki saya cuma selsema pagi2 selepas bangun tidur. isteri saya tiada apa2 dan saya ada batuk dan sakit tekak sedikit tapi, ini dah lama kerana saya ada sleep apnia and ada mesin cpap, bilik saya berpenghawa dingin dain bila alat tu tercabut pada tengah malam tekak saya akan kering dan saya akan batuk sedikit esoknya.
Cuma sekarang saya rasa mcm sakit sedikit di dada dan setiap kali saya bernafas saya dapat rasa macam getaran kahak di dada saya. selepas mengetahui situasi parent saya sakit di dada bertambah tambah.
adakah saya berisiko mepunyai covid 19 dan perlukah saya menjalani pemeriksaan secepat mungkin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya