Sulit
6 tahun
Perlukah saya check untuk Covid-19?
saya merupakan wanita 22 tahun penghidap alpha thalassemia dan telah menjalankan latihan klinika di sebuah hospital swasta di selangor pada 2 bulan lepas. Pada awal minggu ini (29.2.20)saya mempunyai simptom sakit tekak dan demam tapi selepas makan ubat demam , demam saya berubah teruk hanya pada waktu malam dan pagi … dan pada 3 hari lepas sakit tekak saya mula teruk hingga saya mendapat batuk dan kehilangan suara… apabila saya batuk dengan teruk saya juga merasakan sedikit sesak nafas … adakah saya perlu ke hospital untuk test covid-19 atau saya hanya perlu kuarantin di rumah sahaja ?
6 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Memandangkan anda mengalami gejala sakit tekak, demam, dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
- Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
- Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
- Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala-gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Jangkitan paru-paru
Anda boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am sehingga 5.00 pm di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link berikut https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Selepas jam 5.00 pm sehingga 12.00 am sila ajukan pertanyaan anda di lawan sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































