Sulit
5 tahun
Perlukah saya membuat ujian covid-19
Saya baru pulang dari Italy dua hari lepas. Semasa di sana saya mula mengalami sakit tekak. Sekarang saya mula batuk sedikit dan penat untuk bernafas. Demam tiada tapi badan rasa lemah dan sejuk. Saya tak pasti samada saya perlu membuat ujian covid-19 atau ia hanya demam biasa.
Apa yang patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, pesakit yang menghidapi penyakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas. Disebabkan anda mengalami gejala yang hampir sama, baru pulang dari negara yang terlibat dengan kes berkenaan dan untuk mengelakkan daripada kes COVID-19 terlepas pandang, anda disarankan untuk ke hospital untuk melakukan pemeriksaan yang lengkap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































