Sulit
4 tahun
Perlukah swab yg kedua
Salam doc…
Dokter sy wanita usia 41
Sy buat swab test sbb tak boleh bau… sy +ve… dan sy kuarantin diri smpai ke hari ini dah masuk 10hari…keadaan bau pun dah normal perlu ke sy buat swab yg kedua untuk memastikan samada keputusan sy sudah negatif…? Orang cakap dalam masa 10 hari sy sudah boleh keluar rumah untuk bekerja…tp sy terasa was2 takut menjangkiti orang lain… mohon pencerahan nya doc… teeimakasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 di negara kita masih belum berakhir, justeru, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara umum, setelah tempoh kuarantin 10 hari, anda perlu hadir ke klinik kesihatan untuk penilaian akhir dan pelepasan daripada kuarantin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapat penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































