
Sulit
5 tahun
Perlukah ujian saringan covid 19
saya telah ke singapore pada 12 mac dan pulang pada hari yang sama ke malaysia. pada 25 mac saya mengalami demam 37.7 dan pening kepala tetapi telah sembuh keesokannya sebaik sahaja saya mengambil panadol. Rasa pening kepala dan demam telah hilang sepenuhnya tetapi pada 26 mac saya mengalami cirit birit sehingga ke hari ini. perlukah saya menjalani ujian covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana gejala COVID-19 dan baru kembali dari Singapura. Singapura tidak termasuk dalam negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Untuk makluman pihak anda, selain COVID19, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti influenza
- Keracunan makanan
- alahan makanan
- Penggunaan antibiotik
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/