Sulit
4 tahun
Perlukan bantuan sbb sudah dua tahun
Nov 2019 ketika tu saya berumur 23 tahun,setiap hari ada family conflict yg berlaku dalam rumah dan tak tahan dengan keadaan saya pernah minum ubat batuk 4 botol malam tu dan masuk emergency tapi Dr. d ER ketika tu cakap ssuatu yg menyinggung hati saya tentang knp saya buat demikian dan saya minta pulang ke rumah kerana duduk d ER pun makin mbuat saya rasa nak mati. selepas tu berapa kali dah saya cuba cara nak cederakan diri sendiri tapi x menjadi.saya ada buat ujian DASS dan result mmang sangat teruk,terus saya rujuk klinik ksihatan bhampiran saya dan Dr. d sana pun cakap benda yg mendown kan lagi diri saya so dari Nov 2019 sampai la skrng Nov 2021 umur saya dah 25 tahun,saya masih dalam keadaan yg sama.buat ujian DASS pun masih sama cuma keinginan pcubaan bunuh diri tu dah bkurang skrng.saya dah tak tau dah mau buat apa,mau fikir apa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, situasi anda sekarang adalah di mana anda mengalami kemurungan akibat daripada konflik yang berlaku antara ahli keluarga anda. Saya mencadangkan agar anda berbincang secara baik bersama ahli keluarga anda serta kedua ibu bapa anda supaya jalan penyelesaian dapat diambil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
- Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
- MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: [email protected]
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























