
Sulit
5 tahun
Perluke buat saringan covid19
Lelaki 21 tahun, sejak dua hari saya ada batuk yang ringan dan hari ini badan mula rasa panas juga kepala ada sedikit pening, patutke saya buat saringan covid kerana saya sekarang tinggal dgn keluarga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda tidak perlu menjalani ujian COVID-19 melainkan jika anda berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Selain itu, anda harus menjalankan kuarantin kendiri di rumah memandangkan kita sememangnya mempunyai sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020. Amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan oleh KKM seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini