
Sulit
5 tahun
Permasalahan kitaran haid
saya remaja berumur 19 tahun masalah saya tentang kitaran haid sy. pada dua bulan lalu kitaran darah haid saya biasa dalam enam ke tujuh hari tetapi pada bulan lepas darah haid saya keluar dua minggu tetapi pada hari pertama sahaja yang darah itu keluar tetapi sedikit dan hari berikutnya sehingga seminggu hanya keluar cecair pekat yang berwarna coklat seminggu lagi Barulah darah saya keluar seperti biasa tetapi minggu lepas nya keluar hanya pada hari prtama. pada bulan ini juga berlaku perkara yang sama tapi sekarang saya period darah keluar tiga hari lepas tetapi satu hari sahaja itupun sikit dan hari seterusnya sehingga sekarang hanya keluar cecair pekat yang berwarna coklat gelap. Adakah ini normal? Atau sebaliknya perlu ke sy pergi hospital? Maaf sy agak risau kerana saya masih remaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.