
Sulit
4 tahun
Permasalahan lelaki /mati pucuk ,saiz zakar tidak normal dan mengganggu fikiran
Boleh saya tahu pusat rawatan/klinik sakit tuan (urologi) yang ada di perak untuk melakukan pemeriksaan / rawatan mati pucuk

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Namun buat masa ini, pusat rawatan kami berada di Lembah Klang, maka memandangkan PKP masih berlangsung anda boleh cuba mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerajaan atau swasta yang terdekat. DI samping itu, anda juga boleh melakukan konsultasi secara atas talian dengan meng-klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga.
Walau bagaimanapun, buat sementara waktu, saya juga ingin sertakan beberapa kaedah pengubahsuaian gaya hidup yang berkemungkinan dapat membantu kondisi anda
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - namun ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekian, terima kasih.