Sulit
5 tahun
Permasalahn mengenai vagina anak dara
Hi dr. Saya ingin tahu, adakah normal kemaluan wanita yang belum berkahwin ade mcm kutil dibibir dalam vagina?maaf saya malu nak pergi KK jumpa dr
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi adalah:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan sifilis
- Alahan terhadap produk pencuci
- Terlalu kerap menggunakan pencuci faraj
- Kutil akibat jangkitan HPV
- Muloscum contagiosum; sejenis penyakit kulit yang biasanya disebabkan oleh virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































