Sulit
4 tahun
Pernafasan seakan berat
Sy berumur 28thun… pada 21.7 yg lalu sy telah mendapat vaksin sinovac dos 1…pada tarikh sy dicucuk sy tiada kesan sampingan…tetapi selepas hari ke 15(dos 1)…keadaan nafas sy seakan berat MCM orang x cukup nafas tapi bukan sesak nafas…adakh normal ye ?..
11.8 ni sy amik dos ke 2 pula…
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami masalah anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,kesan sampingan vaksin berbeza bagi setiap individu.
Kesan sampingan yang dinyatakan banyak dilaporkan.
Namun demikian anda disarankan untuk tidak melepasi temujanji dos kedua.
Kesan-kesan sampingan sebegini akan hilang dengan masa.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami harap jawapan ini dapat membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor untuk pengetahuan lebih lanjut melalui atas talian.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























