Sulit
3 tahun
Pernafasan tak puas kadang hampir pitam
Hi dok… saya nk tanya. Knp tiap kali saya pakai helmet n dalam perjalanan tu pernafasan saya agak xpuas(sesak nafas) yew? Simptom terjadi bila tekak saya kering terasa mcm nk pitam… tp lps minum air pernafasan saya dh elok sikit…ambil sikit masa untuk pernafasan saya kembali normal. adakah itu cbb kesan sampingan ubat spray dlm hidung untuk sinus saya ni?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.