tania

6 tahun

Pernah kemalangan dan kini kerap sakit kepala

hai doctor .im girl ! dan berumur 22 tahun . sejak kebelakangan ni saya sering mengalami sakit kepala di bahagian belakangan kepala dan juga leher . sebelum itu saya pernah kemalangan sewaktu saya berusia 17 tahun . doc memberitahu saya ada darah beku di dalam kepala saya disebabkan hentakkan dijalan raya . tetapi saya tidak pasti darah beku itu besar 3cm atau tidak . doc memberitahu bapa saya untuk membuat operation tapi bapa saya tidak setuju sebab takut ada risiko lain . dan sekrang saya bekerja sebagai admin acc . adakah sakit kepala saya disebabkan kejadian lalu atau sebab lain ? darah beku dikepala saya dah hilang atau masih ada doc ?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.

Sakit kepala traumatik menjadi masalah kerana ia boleh berterusan untuk masa yang lama sehingga setahun. Sakit kepala ini menjadikan sukar melakukan tugasan harian, sukar menumpukan perhatian dan juga hilang ingatan. Selepas kemalangan atau episod trauma, mungkin terdapat takungan cecair atau darah ataupun darah beku di kepala. Sakit kepala boleh menjadi dari sedikit ke sangat sakit.

Migrain berlaku apabila sesetengah bahagian otak menjadi sangat sensitif dan mencetuskan isyarat sakit yang kemudiannya merebak ke bahagian lain. Migrain boleh berlaku sama ada pada bahagian sebelah sahaja, berdenyut, disertai dengan loya dan muntah, sensitiviti yang tinggi terhadap bunyi dan cahaya serta didahului dengan aura yang merupakan simptom amaran di mana panahan cahaya dirasai. Sakit kepala jenis tension pula kebiasaaannya terjadi dengan ketegangan otak dan juga stress. Ia biasanya terasa seperti lilitan ketat di sekeliling kepala, sakit yang sederhana dan biasanya berlaku pada hujung hari.

Sakit kepala servikogenik pula berlaku apabila terdapat kecederaan pada otot dan tisu lembut di leher. Kebiasaannya ia bermula di leher, bahu dan kepala. Saya cadangkan agar anda berjumap doktor apabila sakit kepala bertambah teruk, terdapat loya dan muntah serta kelemahan tangan atau kaki. Doktor akan menjalankan skan untuk melihat lokasi darah beku dan komplikasinya.

Hai, selamat sejahtera cik, terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Pendarahan di dalam kepala adalah disebabkan pecahnya pembuluh darah di kepala. Otak manusia dilindungi oleh beberapa lapisan atau selaput otak yang dipanggil dura dan arachnoid. Oleh itu pendarahan otak dibahagikan kepada:

  • Epidura: Pendarahan pada bahagian luar selaput otak paling atas iaitu dura
  • Subdura: Pendarahan berlaku pada bahagian dalam selaput dura
  • Subarachnoid: Pendarahan berlaku pada selaput paling dalam iaitu arachnoid
  • Intracerebral: Pendarahan pada bahagian dalam struktur otak itu sendiri.

Setiap pendarahan yang berlaku mempunyai risiko yang tersendiri dan semakin dalam pendarahan itu terjadi, semakin tinggi risikonya dan semakin sukar untuk dirawat. Kesemua jenis pendarahan otak ini boleh menggangu struktur otak kerana ia akan berkumpul dan menolak struktur otak di sekelilingnya.

Antara simtom-simtom yang menunjukkan gangguan kepada otak adalah:

  • Sakit kepala yang semakin kerap atau teruk
  • Kerap muntah
  • Sakit kepala lebih teruk jika berbaring
  • Hilang sedar
  • Keliru, hilang ingatan
  • Masalah percakapan seperti tidak jelas
  • Anak mata tidak sama saiz
  • Hilang daya imbang badan

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi memastikan status darah beku di kepala anda dan merawatnya sekiranya perlu. Harap ini membantu anda.

Hai. Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan saudari.

Apabila berlaku hentakan tumpul di kepala, terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku. Antarannya ialah keretakan tempurung kepala, kecederaan kepada otak, pendarahan dan pengumpulan darah beku dalam otak. Ini hanyalah sebahagian dari kecederaan yang boleh berlaku jika berlaku hentakan di kepala.

Pendarahan di dalam otak merupakan masalah yang serius. Ini boleh dikesan melalui ujian perimejan CT scan. Pendarahan boleh menyebabkan terbentuknya darah beku di dalam otak. Kesan darah beku ini banyak untuk jangka masa yang panjang. Antaranya ialah sakit kepala dan hilang ingatan. Lebih teruk jika darah beku ini menyebabkan saluran darah tersangkut, lalu boleh menyebabkan serangan angin ahmar atau stroke.

Namun kebiasaanya darah beku atau hematoma tidak memberi kesan yang serius dalam kehidupan seseorang dan hanya dikesan apabila ujian perimejan dilakukan. Menurut statistik, terdapat ramai orang yang hidup tanpa sebarang masalah walaupun mempunyai hematoma atau darah beku di dalam kepala mereka.

Menurut simptom saudari, amat penting untuk saudari berjumpa doktor. Ini kerana terdapat keberangkalian ada kaitan antara sakit kepala saudari dengan kejadian kemalangan yang lepas. Dan saudari juga perlu melakukan beberapa ujian untuk mengetahui dignosis yang tepat. Simptom sakit kepala bersama sakit leher juga merupakan antara simptom untuk jangkitan kuman di otak. Terutamanya jika pesakit juga mengadu demam, sensitif terhadap cahaya dan mempunyai ruam atau bintik-bintik di badan. Ujian makmal di hospital perlu dilakukan dengan kadar segera untuk memulakan rawatan secepat mungkin.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)