
Sulit
4 tahun
Pernah melakukan pembedahan ovari cyst pada kiri dan kanan ovari pada bulan Mac yang lalu. Kini sedang mencari jalan untuk hamil
Saya wanita berusia 27 tahun. Saya pernah membuat pembedahan ovarian cyst di dua belah ovari pada Mac 2020. Sekarang saya sedang mencuba untuk hamil. Vitamin/ubat apakah yang sesuai untuk saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mencuba untuk melakukan hubungan intim pada waktu anda paling subur iaitu 14 hari sebelum haid anda. Anda digalakkan juga untuk melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminngu untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil anda.Anda juga boleh mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar kesuburan untuk maklumat lebih lanjut tentang langkah terbaik untuk hamil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.