
Sulit
4 tahun
Pernah sakit buah pinggang bocor dan menjalani ujian biopsi. Selepas 7 bulan saya disahkan sembuh dari penyakit
Saya wanita 20 an pernah menghidap penyakit buah pinggang bocor dan menjalani ujian biopsi pada umur 19 tahun. Selepas 7 bulan saya sembuh dari sakit. Tapi sekarang saya selalu sakit belakang kalau duduk dalam jangka masa yang lama. Adakah penyakit saya belum sembuh? Tetapi saya tidak mempunyai gejala sesak nafas, sakit kepala ataupun kaki dan tangan yang bengkak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang jika duduk dalam waktu yang lama. Namun, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti perlu bagi mengetahui hubungkait sakit belakang dengan sejarah masalah kesihatan buah pinggang anda. Bagaimanapun, secara umum, sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Di samping itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih