
Sulit
4 tahun
Peroid tak tratur.. stiap kali nak period sendi² saya sakit
apa effect klau tak buat pemeriksaan maslah peroid… sblom niy mmg peroid sye tak tratur kdang lmbat lbih 10hari… now da hmpir 3month sye tak peroid lagi… for your information… saya blom berkahwin… sye brumur 24 tahun… ad kah niy slah satu msalah hormon ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Jantung berdebar atau berdegup laju (palpitations)
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Pitam
- Gejala yang anda alami mengganggu kehidupan seharian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.