
Sulit
4 tahun
Persediaan sebelum buat scan rahim
Sy wanita dah berkahwin tahun lepas. Sy dah ttc 7 bulan tp setiap cycle sy susah untuk jumpa ovulation day menggunakan ovulation predictor kit. Sy bercadang nak pergi klinik untuk scan rahim. Apa yang perlu sy lakukan sebelum scan rahim? Adakah sy perlu berpuasa? Dan apa punca sy sukar untuk mendapatkan hari subur?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umum perlu mengetahui bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Justeru itu, bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan sukar bagi pasangan untuk mendapatkan zuriat, namun adalah lebih baik anda berjumpa dulu dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan, malah justeru lebih baik sekiranya anda mengambil initiatif untuk berjumpa langsung dengan doktor pakar wanita di masa akan datang.
Umumnya tidak ada persediaan khusus sebelum scan dilaksanakan, namun lazimnya anda akan diminta untuk minum banyak air atau menahan dahulu buang air sebelum melakukan ujian tersebut. Namun ianya tetap bergantung kepada objektif perlaksanakan USG. Sila merujuk klinik kesihatan yang terdekat untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.